Kenali Kami

Kenali Kami

Sejarah Penubuhan

Creative Kitchen Cabinet telah ditubuhkan pada 17 Mei 2018. Membawa jenama D’Famous Cabinet, syarikat ini merupakan antara cabang yang terhasil dari kejayaan syarikat induknya, Creative Artwork. Idea penubuhan syarikat ini lahir apabila, jentera CNC dan Laser yang berada di syarikat induk Creative Artwork mampu membuat ukiran dan pemotongan pada medium yang berasaskan kayu. Hasil kesepakatan dari kesemua lembaga pengarah Creative Artwork, langkar drastik telah diambil dengan menyuntik dana bagi penubuhan Creative Kitchen Cabinet. Jentera-jentera berkaitan dengan penghasilan produk berasaskan kayu telah ditambah dan sebuah pusat rekabentuk untuk menyokong kerja-kerja berkenaan juga telah ditubuhkan. Hasil dari sokongan pelanggan, syarikat kini bersaha untuk meluaskan rangkaiaan pembuatan dikawasan utara dan selatan tanah air serta menambah baik mutu perkhidmatan sedia ada. 




Strategi Syarikat

Kami percaya, asas untuk sesebuah syarikat itu berjaya adalah dengan mempunyai hala tuju yang jelas diantara pihak pengurusan dan kakitangan syarikat. Kami dengan ini mengamalkan sifat keterbukaan dengan menerima pandangan dari pelbagai sudut sungguh pun ia bukanlah pandangan yang membina. Kami percaya, melalui sifat keterbukaan ini, hubungan diantara pihak pengurusan dan pekerja akan bertambah erat dan ikhlas dalam bekerja. Selain itu, kami juga mengamalkan dasar “everyemployee is the boss”. Ini bermakna, setiap pekerja tidak terikat pada sistem pekerjaan yang konvensional. Mereka dididik untuk lebih menghargai syarikat melalui sifat manah, jujur dan memberi yang terbaik dalam menjalankan tugas. 



Add Comment

Whatsapp
Customer service
Mohd Safuan
Team projek
Faizfirdaus
Team project
Luqman Hakim
Team Rumah Baru
Siti Rohaida
Team Rumah Baru